Gadis baru saja bertunang secara ‘online’, bapa pula meninggal selepas majlis


Sebelum ini, tular di Twitter mengenai pertunangan seorang wanita dan tunangnya yang berada di Perancis hanya melalui atas talian sahaja.
Perkongsian dariada AfarizaHanim ini telah tular kerana terdengar dia bercakap dalam bahasa Perancis bagi menerangkan adat pertunangan Melayu kepada tunangnya itu.
Video Player
00:00
00:23

Bergambar bersama bapa kali terakhir

Dia juga sempat berkongsi gambar bersama ibu dan bapanya diatas pelamin pertunangan sambil memegang komputer riba yang terdapat tunangnya diatas talian.

Bapa pergi setelah majlis selesai

Namun begitu, selepas majlis pertunangan tersebut, Afarizahanim memaklumkan bahawa bapanya telah pun meninggal dunia dan gambar yang diambil bersama diatas pelamin tunang itu adalah gambar yang terakhir.

Innalillahiwainailahirajiun…

Sehubungan dengan perkongsian duka tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menitipkan ucapan takziah buat wanita itu.
Mereka juga mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bersama orang-orang yang soleh.

Takziah buat keluarga

Semoga  ditempatkan dalam kalangan beriman

Sumber: AfarizaHanim

Related Posts