BILA AD̷IK ̷IPAR ̷ADU, SUAMI AM̷UK. LEP̷AS DICEKIK, AKU L̷ARI KELU̷AR. SUAMI KEJ̷AR, P̷UKUL DAN P̷ANGGIL AKU OR̷ANG T̷AK SIUM̷AN
Terlebih dahulu aku perkenalkan diri aku yang mempunyai penyakit Major D3ppresive Dis0rder, Skiz0frenia, Anxiety, OCD, bip0lar, scolisis, slip disc dan endometri0sis.
Dengan penyakit penyakit sedia ada aku dilayan seperti tidak wujud dalam kehidupan suami dan keluarganya.
Kami telah berkahwin selama berbelas tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Pernah membuat rawatan IUI dan IVF tetapi gagal. Aku pernah mengandung beberapa kali tetapi gugur dan di luar rahim.
Sepanjang tempoh rawatan IVF suami aku tidak pernah menemani aku seperi suami suami lain dengan alasan sibuk berkerja. Dia hanya menyumbangkan air benih nya sahaja.
Mengenai slip disc aku pula Doktor hanya membenarkan aku mengangkat beban yang tidak lebih 3 kilogram memandangkan slip disc aku sudah berada pada tahap kronik.
Mak tiri dan ayah suami aku terlalu bergantung kepada suami aku. Setiap kali pulang ke kampung pasti ada sahaja tempat yang akan ayah mertua aku ajak suami aku pergi seperi melawat anak anak perempuan dia di negeri A.
Ayah mertua aku juga akan mengajak suami aku pulang ke kampung halamannya walaupun pada musim c0vid sedangkan selalunya dia bawa kereta sendiri sahaja pulang ke kampung dan bertemu sanak saudara di musim c0vid. Sudah la aku paranoid dengan c0vid.
Penat aku jaga SOP sepanjang di rumah sendiri dan tidak keluar rumah. Sudah la aku melewati perjalanan berjam jam lamanya untuk pulang ke kampung suami.
Walaupun Doktor telah menasihatkan yang aku tidak boleh membuat perjalanan jauh tetapi mereka sedikit pun tidak mempedulikan kesakitan aku.
Sudahnya belakang aku akan yang sakit sentiasa akan memerlukan lebih dos ubat penahan sakit agar aku dapat bertahan. Suami juga tidak memahami kesakitan aku dan hanya menyuruh aku supaya bertahan.
Mak tiri suami aku pula sentiasa meminta dibelikan itu ini melalui siaran televisyen yang dilihatnya. Mak tiri aku juga terlalu bergantung kepada suami aku memandangkan hanya suami aku yang baik dengannya sejak dia berkahwin dengan ayah mertua aku.
Pernah sekali selepas pembedahan kerana mengandung kembar di luar rahim dan jahitan benang terlekat di perut,
Aku terpaksa menahan kesakitan sendirian dibuka jahitan kerana suami pergi mengambil mak tiri dia yang baru pulang dari luar negara di Kuala Lumpur dari negeri pantai timur untuk dihantar pulang ke negeri selatan.
Aku sudah memberitahu suami awal awal untuk menemani dan dia bersetuju tetapi setelah mendapat panggilan telefon dari mak tirinya aku disuruh pergi sendirian walaupun dia baru pulang dari kerja malam.
Jika aku yang meminta dia tolong membawa aku membuat pemeriksaan selepas pembedahan di luar rahim selepas balik kerja malam aku dikatakan bdoh, si4l dan tidak memahami yang dia penat baru balik kerja malam.
Mak tiri aku selalu menyusahkan suami aku tanpa memikirkan aku yang sakit.
Di awal perkahwinan, sehingga kini abang ipar aku selalu meminjam duit dari suami aku sedangkan kami sendiri tak cukup makan. Mereka ingatkan suami aku kaya memandangkan suami aku berkerja di syarikat cari gali minyak.
Alasan abang ipar aku dia perlukan banyak duit untuk besarkan anak anak yang ramai sedangkan kami tidak mempunyai anak.
Pernah sekali pada bulan puasa kami terpaksa menjual tong gas untuk membeli maggi yang hanya dimasak dalam periuk nasi.
Kerana terpaksa memberi duit pada abang ipar aku dan suami terpaksa menghisap abu abu rkok bergulungkan kertas yang telah dihisap sebelum ini.
Suami juga kerap memukul aku apabila aku bersuara tentang hal abang ipar aku yang ingin meminjam duit. Buat pengetahuan pembaca aku tidak berkerja tetapi abang ipar aku dan isterinya berkerjaya bagus.
Kakak ipar aku pula selalu mengharapkan suami aku menjaga anak anaknya setiap kali kami ke mana mana dan jika berada di kampung.
Dia dan suaminya hanya akan tidur dan makan sahaja dan melepaskan anak anaknya dalam jagaan suami aku. Aku rimas dan depresi dengan suara anak anak kakak ipar aku yang hiperaktif dan tidak boleh ditegur.
Jika ada hari keluarga dan pergi ke taman tema air atau ke kolam renang atau kemana mana sahaja aku akan ditinggalkan keseorangan kerana suami sibuk menjaga anak anak kakak ipar aku.
Aku naik benci dengan anak anak kakak ipar aku yang kurang ajar dan suka bergaduh.
Suami aku juga mempunyai seorang adik perempuan yang berkerja sebagai seorang pensyarah tetapi kurang ajar dengan aku. Pernah sewaktu hari raya pulang ke kampung kami terserempak dengan dia dan suaminya.
Pada waktu itu aku dan suami ingin menziarahi sanak saudara tetapi aku ingin solat asar dahulu. Kami tidak mahu pun berjalan bersama mereka tetapi adik ipar suami aku beria ia ingin berjalan bersama.
Adik ipar aku menjerit dari ruang tamu rumah pada aku di belakang rumah. Katanya cepat la ambil air sembahyang. Kejap lagi sudah azan baru mahu terkedek kedek ingin mengambil air sembahyang. Suami membiarkan sahaja perlakuannya.
Adik ipar aku juga membuat kami hampir bercerrai apabila dia ingin meminjam puluhan ribu ringgit untuk membuat rumah.
Aku memuat naik status aku di Facebook memandangkan aku seorang penulis puisi tetapi dia terasa ditujukan kepadanya.
Dia tangkap gambar status aku itu dan memberikan kepada suami aku dan mengatakan bahawa aku sengaja mahu membuat mereka bergaduh. Walahi demi Allah status itu bukan untuk dia.
Suami aku mengamuk lalu mencekik aku. Aku depresi lalu keluar rumah. Suami mengejar dan memukul aku sambil mengatakan dan menjerit memanggil aku orang giila.
Aku menghantar whatsapp adik ipar aku mengenai perlakuan suami aku disebabkan oleh dia dan dia sekali lagi menangkap gambar whatsapp aku itu dan memberikan kepada suami aku. Sekali lagi suami aku mengamuk.
Akhirnya aku memfailkan percerraian terhadap suami aku akibat tidak tahan dengan apa yang adik ipar aku dah buat dan keluarganya tetapi bila dua jiwa teleh bersatu sukar untuk dileraikan. Akhirnya kami tidak jadi bercerrai.
Kesimpulannya, aku tidak nampak ke mana hala tuju perkahwinan kami ini. Aku sudah tidak nampak cahaya di hujung lorong yang gelap pada perkahwinan aku ini. Aku tersiksa zahir dan batin.
Aku ingin sekali membnuh seluruh ahli keluarga suami aku lantas menyimen mereka di dalam tong dan dibuang ke laut. Tapi aku tidak punya kudrat untuk melakukan sedemikian sendirian. Dan aku masih ingat akan Allah swt.
Tolong doakan aku kuat untuk mengharungi ujian ini.
Sekian, terima kasih.
Reaksi Warganet
Ungku Noor –
Rasanya dah boleh faham kan kenapa Allah masih tak kurniakan zuriat? TT memang dah sedia merana, anak pun mungkin akan merana jugak dengan perangai suami TT dan family dia nanti.
Indra Putra –
So, yang bdohnya awak. Yang zalimi diri awak adalah awak sendiri. Bukan suami atau mertua atau adik ipar. Mereka adalah diri mereka dalam acuan mereka sendiri. Adakah sebab cinta kan suami? Teruskan lah.. cinta itu kan buta.
Mila Maideen –
Macam tu layanan suami, tambah dengan perangai keluarga dia, tang mana yang dua jiwa dah bersatu tu yang susah sangat nak dileraikan TT?? Are u hearing yourself?
Jangan termakan pujuk rayu palsu. Kalau suami momokkan yang awak takkan mampu hidup tanpa dia, persetankan. Allah Maha Melihat dan Maha Melindungi, Dia ada, dan Dia boleh jaga.
Mula cari kerja cepat, kumpul duit sikit, dan get ready untuk angkat kaki.
Zieyla Aida –
Maaf TT.. Saya tak dapat habiskan bacaan.
Saya tak faham sebenarnya kenapa masih anda fikirkan tentang IUI dan IVF dengan keadaan sakit anda dan sikap si suami.
Jujur saya katakan, jika saya di tempat anda saya langsung takkan ambil pilihan untuk buat kedua dua cara tersebut (saya juga tidak dikurniakan anak selama 7 tahun perkahwinan kami, tidak mengandung sepanjang tempoh tersebut jadi saya faham apa yang anda inginkan dalam hidup).
Cuma, saya merasakan bahawa awak hanya berusaha sendiri, membebankan diri sendiri. Ya seperti anda katakan, suami hanya memberi air benihnya. Adakah itu cukup untuk kehadiran seorang anak? Ianya tak cukup TT.
Pengorbanan, kerjasama adalah penting dalam rumah tangga. Tapi jika hanya sebelah pihak saja yang berkorban ianya bukan lagi rumahtangga.
Sayangi diri sendiri. Tiada orang yang akan sayang kita selain diri kita sendiri. Saya yakin anda lebih tahu apa yang perlu dibuat.
Sumber – Khawla Azwa (Bukan nama sebenar) via IIUMC Kredit: edisimedia