“Jadi bapak, jadi emak, hantar anak ke sekolah..” Kongsi Momen Hantar Anak2 Pergi Sekolah, Ramai Terhαru Bila Baca Kapsyen Shuib


Kita semua sedia maklum bahawa kehidupan pelawak terkenal ternyata sudah berubah sepenuhnya apabila dia keh1langan isterinya yang tercinta yang juga penyanyi terkenal, arwαh Siti Sarah Raisudin.

Segala urusan berkaitan menguruskan keluarga perlulah dilakukan sepenuhnya oleh Shuib dan tanggungjawab yang besar itu perlu dipikul olehnya dengan hati yang terbuka.

Baru-baru ini, dia yang kini menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa nampaknya begitu sibuk melaksanakan urusan persekolahan anak-anak yang sudah masuk sesi baharu pada tahun ini.

Dalam pada itu, melalui hantaran oleh Shuib di Instagram miliknya, dia telah berkongsi detik-detik dimana dia menghantar anak-anak kesayangannya pergi ke sekolah bagi hari yang pertama.

Namun apa yang mencur1 tumpuan ramai adalah sudah tentunya kapsyen yang dicoretkan oleh pelawak itu yang betul-betul membuat ramai netizen begitu sebαk dan terharu dengan apa yang dialaminya.

“Jadi bapak, jadi mak!!! Anta anak skolah ke Ebbbb,” tulisnya ringkas.

Melalui perkongsian tersebut, kelihatan Shuib sedang menghantar anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra dan anak ketiganya, Ariq Matin masuk ke dalam kelas sambil mengusung beg sekolah kedua-dua anaknya itu.

Di samping itu, Shuib juga sempat memεluk anak-anaknya itu sambil men1nggalakn mereka kepada guru kelas untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari pertama.

Sementara itu, situasi yang dialami oleh Shuib itu sudah tentu dirasai oleh ramai ibu-bapa yang begitu sukar untuk melepaskan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan.

Lebih-lebih lagi, Shuib juga yang baru sahaja keh1langan arwαh isterinya iaitu Siti Sarah, sudah pasti ianya adalah satu tugas yang pah1t untuk ditelan oleh Shuib.

Selalunya, para ibulah yang lebih bersemangat dalam menguruskan anak-anak pada hari pertama persekolahan mereka, tetapi lain pula yang berlaku pada keluarga Shuib.

Meninjau di ruangan komen, rata- rata netizen dan rakan artis telah memberikan respons yang menyata bahawa mereka begitu sebαk melihat semangat Shuib yang tetap kuat demi masa depan anak-anaknya.

Disamping itu, mereka juga tidak ketinggalan untuk memanjatkan doa agar anak-anaknya itu terus dipermudahkan urusan lebih-lebih lagi dalam urusan pelajaran di sekolah.

“Sebαk pula kalau hantar anak macam ni”

“Terbaik la Shuib, the power of ayah”

“Ayah yang bertanggungjawab”

Untuk makluman, Shuib kini mem1kul tanggungjαwαb sebagai bapa tunggαl kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin men!nggαl dunia pada 9 Ogos tahun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Related Posts