KHABAR PIIU, CAION SPM MERAUNG LIHAT AYAH MAVT DIREMPUH KERETA DPAN SEKOLAH..


Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hilang semangat untuk menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu

pagi tadi apabila melihat bapanya maut dirempuh sebuah kereta di Kilometer 6, Jalan Machang-Pasir Puteh selepas menghantarnya ke sekolah pagi tadi.

RAKAMAN DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Zainudin Ab.Samat, 56, yang merupakan seorang pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ganti memberitahu, mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang di sini untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut turut mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa kerana melintas jalan di kawasan bukan lintasan pejalan kaki.

“Anak mangsa dipercayai tidak meneruskan hasrat untuk menduduki peperiksaan SPM pagi tadi selepas kejadian yang menimpa bapanya,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo / tambahkeju

Related Posts