Seorang Tokoh Al-Quran Dan Guru Taranum, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Di HKL


Tokoh al-Quran dan guru taranum, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar men1ngg4l dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan ahli keluarga yang menyatakan arwah menghembuskan nafas terakhirnya jam 7.30 pagi tadi.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Ustaz Nik Azizan.

Menurutnya, Allahyarham adalah tokoh al-Quran dan ilmu taranum yang banyak memberi didikan kepada qari termasuk kanak-kanak dan remaja di sekolah.

ᴜꜱᴛᴀᴢ ɴɪᴋ ᴀᴢɪᴢᴀɴ ɴɪᴋ ᴊᴀᴀꜰᴀʀ, ᴛᴏᴋᴏʜ ᴀʟ-Qᴜʀᴀɴ ᴅᴀɴ ɢᴜʀᴜ ᴛᴀʀᴀɴɴᴜᴍ, ᴅɪᴋʜᴀʙᴀʀᴋᴀɴ ᴀʟʟᴀʜʏᴀʀʜᴀᴍ ᴍᴇɴɢʜᴇᴍʙᴜꜱᴋᴀɴ ɴᴀꜰᴀꜱ ᴛᴇʀᴀᴋʜɪʀɴʏᴀ ᴋɪʀᴀ-ᴋɪʀᴀ ᴊᴀᴍ 7.30 ᴘᴀɢɪ ᴅɪ ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ ᴋᴜᴀʟᴀ ʟᴜᴍᴘᴜʀ (ʜᴋʟ).

ʙᴇʀɪᴛᴀ ᴘᴇᴍᴇʀɢɪᴀɴ ᴀʟʟᴀʜʏᴀʀʜᴀᴍ ᴅɪʟᴀᴘᴏʀ ᴛᴇʟᴀʜ ᴅɪᴋᴏɴɢꜱɪᴋᴀɴ ᴏʟᴇʜ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ ʙᴇʟɪᴀᴜ.

ᴀʟʟᴀʜʏᴀʀʜᴀᴍ ᴀᴋᴛɪꜰ ᴍᴇɴʏᴀᴍᴘᴀɪᴋᴀɴ ɪʟᴍᴜ ᴀʟ-Qᴜʀᴀɴ ᴍᴇɴᴇʀᴜꜱɪ ᴘᴇʟʙᴀɢᴀɪ ꜱᴀʟᴜʀᴀɴ ᴅᴀɴ ᴘᴇʀɴᴀʜ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴘᴇɴɢᴀᴄᴀʀᴀ ᴘʀᴏɢʀᴀᴍ ᴊᴏᴍ ᴛᴀʀᴀɴɴᴜᴍ ᴛᴇʀʙɪᴛᴀɴ ᴛᴠ ᴀʟʜɪᴊʀᴀʜ.

Katanya, sebelum ini Allahyarham aktif menyampaikan ilmu al-Quran melalui pelbagai saluran sebagai pembimbing rancangan Jom Taranum di TV9 dan rancangan Tartil di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

“Beliau juga banyak menyumbang bakti sebagai Ahli Jemaah Hakim Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Semoga Allah SWT memberi keampunan serta merahmati segala jasa bakti Almarhum sepanjang berbakti dalam bidang pembangunan ilmu al-Quran dan dakwah di negara ini, “katanya.

ꜱᴜᴍʙᴇʀ: ᴀʟʜɪᴊʀᴀʜ ᴏɴʟɪɴᴇ dan HM

Related Posts