Kemat1an Yang Indah, Jenaz4h Jari Bertashahhud Solat, Jenaz4h Yang Berseri , Meninggal Hari Jumaat
Jenaz4h Jari Bertashahhud Solat, Wajah Yang Berseri, Keranda Dibawa Seperti Mahu Cepat Ke Kubur Dan Meninggal Pula Hari Jumaat.Haji Walid Solahuddin Al-Baraziy. Saya mengenali arwah dalam beberapa majlis ilmu dan kerja dakwah di bumi Syam negara arab sejak hampir 20 tahun yang lalu (Beirut Lubnan). Saya sendiri kerap nampak beliau dengan golongan muda dan beliau sering bersama mereka.
Arwah kekadang mengajar secara simple ilmu-ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Sangat tegas dalam memperjuangan akidah Islam dengan cara yang disukai ramai terutama orang muda. Saya selalu panggil beliau sebagai Ammu Walid atau Haji Walid.
Seorang yang faqir dan sangat merendah diri. Nama sebenarnya adalah Haji Walid Solahuddin Al-Baraziy. Seorang insan kelihatan biasa sahaja tidak dikenali ramai sangat orang. Bukan seorang syeikh besar yang mengajar dimasjid-masjid, bukan jua seorang pendakwah terkenal dimedia sosial.
Orang yang sangat dekat dengan orang-orang muda macam saya ketika itu…namun akhir hidupnya membuktikan kerja dakwah orang kelihatan biasa dan amalnya adalah benar dan hebat. Betullah kata Imam Ahmad Bin Hambal kepada golongan Ahli Bid’ah: “Antara kami dan kamu buktinya ketika hari jen4zah”.
Ternyata hari kematian beliau cukup hebat kerana memperjuangkan kebenaran. Arwah juga belajar ilmu agama dan menghadiri majlis ilmu dengan ulama-ulama Al-Asya’irah dan tentunya salah seorang mereka yang menjadi pembakar semangat beliau adalah Syeikh Muhaddith Waliyullah Abdullah Al-Harari rahimahullah.
Perginya di hari mulia hari Jumaat, dibulan yang mulia, ketika jari bertashahhud menEsakan Allah dan wajah yang berseri sehingga ke liang lahad. Apabila orang muda memikul kerandanya seolah-olah ia mahu cepat disemadikan bagi mendapat nikmat didalam ku.bur.
Semoga Allah merahmatimu wahai Haji Walid yang saya kenal. Beruntung dirinya dimuliakan dan semoga kita semua dipertemukan didalam syurga Firdaus kelak bersama para ambiya dan seluruh pejuang kebenaran.
Aamin Ya Robbal’aalamin.
Maha Suci Allah … Allahuakbar apa yang beliau nampak ,sehingga wajah tersenyum gembiraa ….. Innalillahiwainnailaihiroojiuunn,kematian yang amat² dicemburui MasyaAllah sudah pasti dia telah nampak di mana kedudukannya nanti.
Innalillahiwainnailaihirojiuun
Subhanallah.
Sumber : Ustaz Abu Syafiq MEKAH. Sabtu 12.3.2022. via www.videoviral.co