Rezeki KakL0ng 7E Melimpah-Ruah, Bisnes Bazar Makin Kenc4ng – “Orang Minta Bergambar Pun Ada”


KEHADIRAN bulan suci Ramadan pada tahun 2022 membawa pengertian yang cukup berbeza buat wanita ini.

Selepas dibadai kontroversi, Wan Nor Baizura atau Kak Long mampu menghela nafas lega apabila namanya semakin sepi daripada kec4m4n ramai.

Enggan menoleh masa lalu, Kak Long, 34, ketika dihubungi mStar sempat berkongsi cerita mengenai pengalaman pertama menyambut Ramadan tahun ini, selepas namanya menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sejak Mac lalu.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia bersama ibunya, Kamsah Haizam, 54, sibuk berniaga makanan di tapak Bazar Ramadan Sura Gate, Dungun, Terengganu sejak Ahad.

“Saya sibuk berniaga Ramadan kali ini. Saya tolong ibu berniaga makanan. Selain nasi goreng Pattaya, kami juga ada jual nasi ayam dan air mango shake.

“Alhamdulillah habis terjual pada hari pertama Ramadan. Nasi habis sampai licin. Ramai yang singgah membeli. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki melimpah ruah ini.

“Saya nak tolong mak dengan duit tak mampu, jadi saya tolong dengan kudrat. Walaupun malu duduk di bazar, tapi saya tetap berniaga demi teruskan hidup.

“Sejujurnya, ramai pelanggan yang pandang-pandang, mereka cam wajah saya selepas video vir4l hari tu. Ada juga yang bertanya, betul ke saya Kak Long? Yang minta bergambar pun ada,” ujarnya.

Selain gerai makanan, Kak Long juga akan berniaga produk kosmetik di Ekspo Ramadan Dungun bermula Jumaat ini.

“Kiranya saya ambil dua tapak berniaga kali ini. Suami akan tolong kedai kosmetik ketika saya berniaga makanan. Pada waktu malam baru saya akan pergi jual kosmetik.

“Baru-baru ini nama saya diboikot. Hasil jualan kosmetik saya menurun. Banyak saya rugi. Tapi saya tak berhenti solat hajat agar kes saya selesai. Saya harap Allah permudahkan semuanya sepanjang Ramadan ini,” ujar Kak Long lagi.

Mengulas beberapa 1nsiden vir4l sejak awal Mac lalu, Kak Long 4kui menyesal dan mahu fokus untuk memperbaiki akhlaknya.

“Biarlah benda lepas jadi pengalaman dan pengajaran. Saya sedang berusaha untuk baiki akhlak, adab dan terus berbuat kebaikan. Saya nak fokus bisnes dan keluarga.

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk Ramadan kali ini. Selepas k3s vir4l, saya jadi tr4uma. Dalam bulan suci ini, saya nak dekatkan diri dengan Allah, moga k3s-k3s lepas tak berulang lagi.

“Niat saya nak berjaya, kemudian saya nak kongsi pula rezeki dengan orang lain. Kepada yang memberikan sokongan, saya doa semoga mereka diberi kesihatan yang baik.

“Saya tak akan lupa siapa yang tolong dan beri nasihat kepada saya. Saya nak buang yang keruh, ambil yang jernih. Segala nasihat saya akan ambil. Saya tak akan lupa dan sentiasa mahu cuba yang terbaik,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Kak Long sempat bercerita mengenai menu wajib kegemarannya setiap kali bulan Ramadan menjelma.

Menurut Kak Long, dia seorang yang sangat ringkas dan cukup menggemari lauk-lauk desa setiap kali berbuka puasa.

“Menu wajib saya sudah semestinya nasi putih, saya suka makan dengan kuah gulai yang pekat-pekat. Selain itu, saya suka telur masin dan sambal belacan. Air laici juga wajib ada.

“Tahun ini, anak saya Adam yang berusia lapan tahun juga dah mula berpuasa. Saya nak latih dia dari usia kecil. Dia pun bersemangat nak puasa walaupun letih,” ujar Kak Long lagi.

Untuk rekod, nama wanita kelahiran Terengganu ini panas selepas tul4rnya video serangan di kedai serbaneka 7Eleven (7E) pada Mac lalu.

Video memaparkan Kak Long sekeluarga di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) turut tul4r yang mana dia dianggap biad4b sehingga teruk dikec4m netizen.

Kemuncaknya, nama Kak Long t3ruk dikecam selepas dia menghadiri rakaman program stesen televisyen Al-Hijrah dan terseb4r pula video dia meniru gaya Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sumber: mstar via Khabar24Media.Com

Related Posts