Pelajar Uitm Merbok maut kemalangan, ” Ajal adik Hazleefa terperosok bawah vios ”


Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah di Merbok, m4ut apabila motosikal ditunggangnya terbabit n4has dengan sebuah kereta di Jalan Tandop Besar, semalam.

Menziarahi Keluarga Adik Hazleefa Halim Yang Men1nggal Dunia Dalam Kem4langan Jalan Raya Pada Petang Tadi Di Kg Tandop Besar.

Jen4zah Masih Berada Di Hospital Sultanah Bahiyah Untuk Proses Bedah Siasat Dan Akan Dibawa Pulang Ke Rumahnya Di Taman Pelangi Kuala Nerang.

Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham adik Hazleefa Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang Solehah – Jasnizam Husni.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata m4ngsa Hazleefa Abd Halim,19, yang menetap di Taman Pelangi, di sini, disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian dalam kem4langan jam 5.12 petang tadi.

Berdasarkan hasil siasatan awal polis, katanya, insiden berlaku apabila motosikal yang ditunggang m4ngsa sendirian dari arah Naka, dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembvng dengan kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang guru wanita berusia 30an.

Beliau berkata, n4has yang berlaku ketika hujan lebat itu menyebabkan motosikal m4ngsa remuk di bahagian hadapan.

Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang keceder4an. M4yat m4ngsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk bed4h siasat,katanya ketika dihubungi sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain pula berkata perlanggaran berkenaan menyebabkan m4ngsa terperosok di bawah kereta terbabit dan men1nggal dunia di lokasi.

Penunggang motosikal itu dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba menggunakan peralatan khas, katanya ketika dihubungi.

Katanya, m4ngsa disahkan men1nggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.Al fatihah.

Related Posts