”Tak minta banyak, cuma minta doakan Medina sembuh seperti sediakala” – NUR ADILA
Seorang bayi perempuan berusia setahun sebulan memerlukan doa orang ramai bg kesembuhan penyakit kanser otak yg dihadapinya.
Nur Medina Aisyah Binti Shafaruddin dikesan menghidap masalah otak jenis Medullo Blastoma selepas mempunyai masalah pada mata belah kiri sejak Medina berumur 11 bulan.
“Sy dapat tahu anak sakit sejak awal bulan 8. Tp sy dah perasan ada yg tak kena dgn mata kiri anak sy sejak hujung bulan 7. Mata dia tiba2 sebelah kiri jd layu mcm kene gigit semut”, katanya.
Nur Adila Zabidi,33 dan suami, Shafaruddin Samion,49 bersama anaknya Nur Medina Aisyah memerlukan doa orang ramai buat puterinya utk mnjaIani pmbedahan pasang CVL dan OMAYYA SHUNT di Hospital Kuala Lumpur(HKL) pada hari ini.
“Dari mata anak mcmni, sy bawak dia ke klinik. Klinik minta refer ke hospital pakar mata terus sy bawa pergi HKL. Kemudian doktor HKL buat appointment utk sy dtg balik utk buat MRI so dari situ baru tahu dia ade tumor di pangkal otak”, katanya lagi.
Surirumah itu berkata, pada mulanya dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya bermasalah kerana melihat keadaan anaknya yg normal & aktif seperti bayi yg lain.
Katanya lagi, selepas pmbedahan ini jika puterinya dah sihat sikit baru Medina boleh buat kemo. Kemo ini memakan masa 1 tahun dan ibunya perlu ulang alik 2 minggu sekali disebabkan Medina kena admit utk sesi kemo ini.
“Bagaimanapun saya dan suami yg hanya berniaga amat berharap orang ramai sudi mendoakan anak kami dimudahkan urusan dalam menjalani pmbedahan yg dilaluinya.”
“Kami amat berharap dia dapat pulih dan sihat kembali seperti kanak2 lain,” katanya.
Rata2 kenalan Adila mendoakan kesembuhan buat puterinya, Medina. Semoga baby Medina sembuh seperti sediakala. Aminnn
Sumber: mediaportal