SANGGUP GUNA NAMA ARWAHH UNTUK CONTENT YOUTUBE DAN ADA PULA YANG PETIK NAMA SITI SARAH DALAM PUBG. SHUIB TIDAK BERDIAM DIRI DAN INI YANG SHUIB CAKAP

 


SANGGUP GUNA NAMA ARWAHH UNTUK CONTENT YOUTUBE DAN ADA PULA YANG PETIK NAMA SITI SARAH DALAM PUBG. SHUIB TIDAK BERDIAM DIRI DAN INI YANG SHUIB CAKAP

Pelawak Shuib mengakui marah dengan tindakan beberapa individu yang menjadikan berita kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ‘modal’ kandungan di saluran YouTube.

Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, setiap individu perlu sedar dan wujudkan rasa sensitiviti dalam hati masing-masing apatah lagi jika ia membabitkan kematian.

“Kita kena ada sensitiviti yang sangat tinggi sebab kita kena tahu, kalau selepas ini Allah nak uji, kita tak tahu sebesar mana ujian itu.

“Marah memang marah, tapi itu sajalah saya boleh cakap,” katanya.

Bagaimanapun, Shuib enggan mengulas lanjut mengenai tindakan individu yang menggunakan nama dan berita kematian isterinya sebagai kandungan dalam permainan video PUBG.

“Saya ada perasan juga di TikTok mengenai yang main PUBG. Tapi, saya tak mahu bercakap mengenai perkara itu,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan pelakon dan YouTuber, Aisar Khaled yang menjadikan kematian Allahyarham Siti Sarah sebagai kandungan dalam salurannya.

Individu itu bagaimanapun memohon maaf dan sudah memadam video yang dimuat naik.

Dikecam Buat ‘Content’ Youtube Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Mohon Maaf

Pelakon dan selebriti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Mana pergi sensitiviti? Siap buat Giveway

Aiser, 21, telah mendapat kecaman apabila didakwa menjadikan video ziarah di luar pagar tanah perkuburan itu untuk mengaut tontonan di laman Youtube miliknya.

Menerusi satu ciapan dari pengguna yang menggunakan nama @ashraf_suhaimi di Twitter, dia meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Aiser yang tidak sensitif.

Padam video itu

Bagaimanapun, lelaki berwajah kacukan Melayu-Jordan itu tidak menunggu lama untuk menyesali dengan kesilapan yang dilakukan.

Pelakon drama Chandelie tampil membuat permohonan terbuka dengan mengakui kekhilafan dirinya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Assalamualaikum semua. Saya telah pun padam video tersebut. Saya mintak maaf sangat-sangat atas keluarga arwah dan juga tidak berfikiran jauh sebelum muat naik video tersebut.

Tak akan mengulangi lagi. Minta maaf ya semua. Minta maaf lagi sekali.. saya sedar kesilapan saya.

Sumber: HMETRO ONLINE / Twitter: @ashraf_suhaimi, @aisar_khaled

Related Posts