Terima Nasihat Seorang Hamba Allah, Nad Zainal Bawa Anak Berubat Ke Tapah


Seorang ibu akan melakukan apa sahaja untuk anaknya yang tercinta, itu juga yang dilakukan oleh aktres, Nad Zainal buat anak keduanya, Budi Kalsom yang mempunyai peny4kit ekzɛma.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nad memberitahu bahawa dia membawa anaknya hingga ke Tapah, Perak, untuk mendapatkan rawatan bagi puterinya itu.

Berkongsi bagaimana dia mendapat tahu tentang klinik berkenaan, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin mengatakan dia diberitahu oleh seseorang yang ditemui ketika berjalan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Semasa berjalan-jalan keluarkan pɛluh, singgah Titiwangsa jumpa hamba Allah baik hati, dia berniaga di sana, katanya anaknya semasa bayi menghidap ekzɛma kr0nik, bern4nah, kaki naik h4ncur sampai doktor beri amaran jika tidak masuk boleh sampai tahap kena pot0ng.

“Sekarang anak dia sudah besar dan belajar di sekolah rendah, bebas dari ekzɛma, katanya dia sanggup (waktu tiada kereta) naik bas kerana orang kata ada satu klinik di Tapah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga ada melihat kɛsan parut lama anak individu tersebut yang mana membuatnya untuk berikhtiar dan cuba membawa anaknya mendapatkan rawatan di sana.

Katanya lagi, bagi merawat peny4kit ekzema yang dihidapi anaknya dia pergi ke klinik berkenaan tidak lama selepas pertemuan tersebut.

Jelasnya lagi, selepas mendapatkan rawatan dia sangat bersyukur anaknya tidak menghidap ekzema yang kr0nik, bagaimanapun doktor menyarankannya supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Sementara itu menerusi perkongsian di Instastory, Nad turut berkongsi bahawa dia sudah menyimpan barangan rumah yang boleh mengundang habuk sebagai langkah bagi membendung ekzɛma puterinya daripada menjadi lebih tɛruk.

Nad juga mengakui suk4r apabila mempunyai anak yang menghiap ekzɛma, namun dia tidak pernah putus berdoa agar anaknya sembuh daripada peny4kit berkenaan.

Sumber Majoriti.

Related Posts