Terkejvt motor ters4dai tepi ‘highway’, rupanya lelaki tidur, kejut langsung tak bangun – “Penat sangat tu.”
Tular satu video menunjukkan seorang pemandu treler yang terkejut melihat sebuah motosikal dengan penunggangnya yang tersadai di bahu jalan.
Saat mendekati lelaki tersebut, alangkah terkejutnya melihat bahawa dia sedang nyenyak tidur, mungkin keletihan.
Ngantuk sangat dah cara ni, panggil langsung tak bangun…”
Perkongsian @abangcrossborder di Tiktok meraih perhatian ramai yang turut tertanya-tanya tentang nasib lelaki berkenaan, adakah sesuatu yang buruk berlaku kepadanya.
Difahamkan, empunya video telah cuba mengejut lelaki ini, namun gagal kerana dilihat dari gayanya, terlampau mengantuk..
Allah kesiannya, teringat anak2 sendiri…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sayu dan simpati melihat lelaki berkenaan yang kemungkinan terlampau lelah sehingga tertidur di atas motosikal.
Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan pemandu treler ini yang memeriksa keadaan lelaki berkenaan..
Ada lalu tadi, perasan brader motor ni, kesian penat sangat…”
Alhamdulillah terbaik abang gi tengok2 kan abang moto tu…
Bahaya tidur situ takut kena samun, nasib ada abang truckers.”
Sumber:Redaksi