[VIDEO] “Aunty Orang Melayu, Aunty Orang Islam Tapi Aunty Quranist” – Nenek 61 Tahun
Tular dalam media sosial sebuah video berdurasi 4.29 saat yang memperlihatkan seorang wanita berpangkat nenek mengaku Melayu dan Islam namun berfahaman quranist.
Quranist bermaksud hanya mengikut terjemahan al-Quran dengan fahaman sendiri namun menolak hadis Nabi Muhammad SAW serta memilih untuk tidak bermazhab.
Video berkenaan mula dimuat naik (upload) oleh Amirah Husain, 61 tahun pada bulan Januari yang lalu dalam aplikasi TikTok dan setakat ini menerima hampir 400,000 jumlah tontonan.
Antara petikan ayat yang diucapkannya ialah :
“Ada orang mesej Aunty kata Aunty setuju tak orang cakap Aunty ni lebih banyak kebaratan daripada Melayu? Tak, Aunty mengaku Aunty orang Melayu walaupun keturunan Aunty only one quater jer orang Melayu.
“Which is mygrandmother from my father side tapi orang Malaysia ni diorang tak faham. Diorang semua ingat Muslim tu kena ikut cara Sunni. Cara orang Malaysia punya Islam.
“Tak semua orang ikut Sunni. Ramai orang yang mungkin keturunan dia atau pun masa dia study atau pun masa dia dekat oversea, dia belajar agama Islam lain daripada Islam di Malaysia.
“Ada yang syiah, ada yang sunni, ada yang quranist, ada yang sufisme. Jadi kita jangan ingat Islam kita jer yang betul. Banyak Islam dekat Egypt, dekat Turkey lain daripada kita tapi diorang semua orang Islam.
“Siapa yang nak kata Islam dia betul? Siapa? Bagitahu Aunty. Semua orang tak tahu. Tuhan jer yang tahu. Okay?
“So Aunty rasa kita jangan tegur orang tak pakai tudung ke apa sebab itu kita punya translation, kita punya kepercayaan, dengan translation kita di dalam al-Quran.
“Aunty ikut translation al-Quran, word by word translation. Kalau dalam al-Quran tak kata wajib, dalam al-Quran tak sebut rambut, Aunty tak ikutlah sebab Aunty Quranist.
“Aunty bukan Sunni, Aunty bukan Syi4h, Aunty tak ikut mazhab. Okay? So, jangan get upset, jangan ingat kita boleh tegur orang sebab kita orang Islam, semasa Islam, kita nak tegur orang.
“Kita tak boleh tegur orang unless kita dah tahu berapa banyak agama Islam di dalam dunia ini, yang lain daripada kita, okay? So, kita jangan ingat Islam Malaysia jer yang betul? Okay?
“Tengok Indonesia sudah. Pergi Turki, pergi Saudi Arabia. Kalau tengok cara orang sembahyang di Afrika, kita mesti rasa eh tak betul lah orang tu sembahyang.
“Lain daripada kita. Tengok orang Syiah sembahyang dekat Pakistan. Kita kena travel dulu, travel tengok, buka minda kita, lepas tu baru kita boleh tegur orang.
“Kita jangan nak tegur orang kalau kita tak tahu segala-galanya lagi pun kita takkan tahu segala-galanya dalam dunia ini. Tuhan jer yang tahu,” ujar Aminah dalam sebuah video di TikTok miliknya.
Mendengar setiap perkataan yang diucapkan Amirah, dia jelas telah menghina Perkara 3 (1) iaitu Islam sebagai agama Persekutuan dan perlekehkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegaskan manhaj akidah umat Islam di negara ini haruslah berlandaskan ahlus sunnah wal jamaah.
Sehingga hari ini belum ada sebarang laporan polis dibuat dan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Negeri harus mengambil tindakan tegas mengenai perkara ini.
Kalau kedua-dua jabatan agama ini hanya menunggu masyarakat Malaysia laporkan baru kerja-kerja siasatan dibuat dan akan berlanjutan berbulan-bulan lamanya, ada baik serahkan tugas pemantauan itu kepada para netizen sahaja.
Petikan video dari TikTok milik beliau:
Sumber TikTok.